Sunday, 22 February 2015

Temuduga PAC: PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT




Hari ni kak dina nak cerita pasal temuduga PAC yang SPA perkenalkan baru2 nim... sebenarnya dengan adanya temuduga PAC ni kak dina mmg setuju sangat2. Sesi temuduga PAC diadakan selama 2 hari dimana2 tempat yang akan SPA maklumkan. Pengangkutan & tempat tinggal tidak disediakan, ini lebih pada berapa besar masa, tenaga, wang ringgit dan kesanggupan yang sanggup adik2 korbankan untuk mencapai impian adik2.

NAK BERJAYA PERLUKAN PENGORBANAN kan.... harap adik2 tidak melihatnya dari sudut yg sempit dan kecik.. cuba luaskan dan selalu berbaik sangka. Berapa ramai yang layak utk satu2 jawatan sedangkan kejosongan jawatan sgt terhad. jadi pelbagai bentuk tapisan perlu utk memastikan calon yg akan bekerja nanti adalah calon yg bukan sj layak dr segi akademik malah mempunyai motivasi diri yg tinggi.

Bila adik2 lulus jek exam on9 spa, ada setengah jawatan yg pelukan temuduga PAC dulu... jadi jangan risau... kak dina cuba nak ajak korang semua supaya berbaik sangka dengan panel.. ramai yang takut bila dapat iv... takut panel tanya soalan yang pelik2 yg korang rasa xboleh jawab... semua org ada perasaan mcm tu termasuk jg la dgn k.dina yg pernah melaluinya... tp bila kita anggap panel sbg kawan yg ada hati/perasaan mcm kita insya Allah hati akan sedikit tenteram... sebenarnya panel ni semua baik2... walau muka mcm singa pun sebenarnya mereka cuba cungkil keistimewaan yg sekian lama tersembunyi dlm diri korang. mungkin korang sendiri pun xsedar yg korang nim ada bakat terpendam... siapa tahu kan... ^_^

dapat peluang temuduga PAC, gunalah sebaik mungkin cuba jadi yang terrrbaik di kalangan yang terbaik... kerana peluang temuduga yang seterusnya adalah sangat sengit... semoga adik2 yg baca pot pet pot pet k.dina ni semua berjaya dalam bidang masing2... jangan sempitkan pemikiran kita hanya semata nak koje gomen... sbb kita merancang Allah pun merancang... sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambanya... mungkin rezeki adik2 ada kat tempat lain dan lagi baik...



Contoh Temuduga PAC: Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
ada 5 sesi semuanya:
1)personality test
2)lawatan ke JKM
3)public speaking
4)penyelesaian masalah
5)permainan psikologi
(semua aktiviti tersebut adalah dalam group)

Untuk PAC pegawai pembangunan masyarakat S41 biasanya calon2 akan dikumpulkan di setiap rumah orang2 tua tak kira, johor ke, perak ke, kelantan ke, negeri sembilan ke... ini terpulang pd nasib korang dapat yang jauh/dekat dengan tempat korang... jadi REDHA yang penting xyah pening2 kepala.

kak dina ambil contoh ujian PAC kat Rumah Sri Kenangan Johor Bharu (Rumah Org2 Tua) . seawal jam 7am korang kena ada kat ROT tersebut, dan kul 8am bermula la sesi pendaftaran calon dan aktiviti2 berdasarkan jadual yg korang dapat semasa pendaftaran tadi.

SESI PERTAMA: buat group ----> SIMULASI MITING yg mana panel akan bagi tajuk/masalah, korang akan buat miting dlm group korang dan dibahagi tugas/jawaan stp ahli kumpulan. Contoh soalan: Di daerah A ada masalah sosial di alangan remaja, jadi bagaimana kamu sebagai pegawai daerah/ketua kampung/pegawai penerangan/polis/dan mcm2 jawatan lagi yg ada dlm kumpulan yg korang rasakan perlu... jangan risau sgt, kan k.dina cakap panel semua baik2.. kalau panel tgk kesian kat korang insya Allah panel akan bantu bagi jawatan ape kat korang... panel pun paham korang ni kebanyakannya first time... hehehhe...

dah siap semua tu dah dapat jawatan/peranan masing2... maka mula lah sesi yang pom pang pom pang korang... sesi ni akan menarik kalau semua ahli sopan santun tahu adab dan sesi ni akan jadi sesi yg cukup menyampah kalau ada calon yg pentingkan diri sendiri dan berlagak... cakap tak bagi peluang kat org lain sangat silap besar kerana penel nilai anda adalah org yg negatif... nanti dah koje.. iting korang sorg je yg punya syok sendiri ckp sendiri dalam miting tanpa bg peluang kat org lain utk kemukakan masalah dan penyelesaian... bagi peluang kat semua org bercakap. tak rugi.. penal akan lihat korang seorang yg terbuka... janagn asyik bagi peluang kat org sampai anda sendiri xbercakap... nak lepas diri... hehehe... kita berebut/bersaing utk dapat kedudukan yg terbaik.. tp mestilah profesional dan penuh adab... dalam santun ada tegasnya... lontarkan idea2 yg bernas xperlu ckp meleret2....

SESI KEDUA: dalam group ----> LAWATAN/BERAMAH MESRA DENGAN WARGA TUA dalam sesi lawatan ni pun korang akan dibagi dlm group lain plak stp sesi korang akan bertukar2 group dan penal.. jadi dlm 5 sesi maka 5x lah korang bertukar group dan penal. dlm sesi lawatan ni korang akan dibawa melawat warga emas ni. beramah mesra dan tunjukan sikap prihatin korang sehabis baik kerana dari jauh panel akan menilai korang berdasarkan no. yg korang pakai... kalau adik2 ni calon yg xberapa peramah.. cuba lah jadi peramah dan mesra... lihat kesunyian diorang.. diorang sangat happy bila korang datang.. cuba selami masalah diorang.. dalam sesi nim.. jangan pula syok beramah mesra satu ape maklumat pun korang xcatat... hehehe... sebabnya nanti korang akan diberikan kertas dan tulis ape yg korang dapat hasil dari lawatan tersebut.. selamat mengarang ye.. xcukup kertas boleh minta dr penal  0_0

SESI KETIGA: PENYELESAIAN MASALAH ----> dalam group ni adik2 akan dibekalkan dengan keratan akhbar/isu2 yang berkaitan dengan jawatan nim.. dan group adik2 mestilah membincangkan masalah yang diberikan dan bagaimana nak settle masalah yg di hadapi. Contoh diberikan keratan akhbar berkaitan sebuah keluarga miskin yang sangat memerlukan bantuan jadi group adik2 mesti bincang macam mana nak settle masalah keluarga tersebut, ape bantuan yg patut diberikan utk diorg dsbg. yg penting dlm sesi nim..panel akan cakap bincangkan dalam BAHASA MALAYSIA SAHAJA.. SELAIN BAHASA MALAYSIA ADALAH TIDAK DIBENARKAN... senang kan... tp yg senang ni la.. yg terlanjur.. dah org suh ckp BM terkeluar BI pulak... macam mana tuh... org suh speaking.. tak mahu.. suh cakap BM mula la nak keluar ayat "maybe, so, hope" dan seangkatan dengannya walau pun sepatah dua... sedangkan panel dah ingatkan tidak mahu satu ayat pun dalam bahasa inggeris.... kalau korang terlepas cakap tu nak buat mcm mana.. wat2 xreti je lah... heheheh... saje jek panel nak uji korang @_@

------------------------------- SESI HARI PERTAMA TAMAT-----------------------------------
 *** sebelum balik panel akan bagi siap2 soalan utk public speaking esoknya, tp terpulang juga atas budi bicara penal dan jadual yg korang dapat... ada yg bagi soalan pagi dan sesi pblic speaking belah petang... kat sini terpulang pd nasib korang lah dapat awal/lambat. tapi xyah takut korang bacalah ape2 isu yg berkaitan dengan jawatan korang. kalau tuk jawatan pegawai pembangunan masyarakat senang la sikit sbb isu masyarakat/ isu wanita/ isu patriotik bagaimana nak pupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat ke.. mcm tu la lebih kurangnya...

SESI KEEMPAT: PUBLIC SPEAKING -----> masuk group dan stp calon akan diberi peluang berucap di hadapan ahli group anda. jangan risau sangat sbb public speaking ni bukan nak tgk adik2 fasih BI ckp mcm air pun... tujuannya nak tgk adik2 berani ke tidak berucap depan org ramai.. ye la.. nnti dah dpt kerja nak cakap depan org ramai kan... time miting nak cakap depan bos, depan staff, depan ksu, depan menteri... mcm mana nak cakap kalau masa iv pun xberani nak berucap... nnti kena hantar kat mana2 kena ckp ngan org awam yg mcm2 masalah depa nak bg tau kita... kan malu kalau semua benda nak tolak staff jek ke depan.. mentang la staf tu berani... cakap la... walau pun korang pun xconfirm yg korang ckp tu lari tajuk ke ape... dari korang tak cakap langsung... utk adik2 yg rasa takut sbb xfasih BI.. tahu tak time ni yg fasih BI pun blm tentu blh ckp dengan baik.. sbbnya masing2 takut kan... jadi cubala BERCAKAP DARI HATI BUKAN DARI FIKIRAN ANDA... ini pesanan panel yg baik hati hokey...

ada calon yang suka makan gula2 sbb nak hilangkan darah gemuruh katanya... tp harap sgt yg suka makan gula2 blh control... sbb ada calon yg time public speaking ni blh terkeluar gula2 ni tau... mmg lawak nak gelak sampai pecah perut... tp dlm keadaan tu korang perlu sokong kawan korang.. bg semangat kat kwan korang... jgn pentingkan diri sendiri... temuduga ni lebih pada nak tgk personality korang. kalau nak cerita pasal layak semua org layak tp tak semua sesuai dgn jawatan ni... yg sabar/penyayang/bertolak ansur sesuai la dgn jawatan yg mlibatkan kerja2 kebajikan ni...

SESI KELIMA: PERMAINAN PSIKOLOGI -----> tukar group dan masuk group lagi, kali nim panel bg ujian psiologi... contoh korang sesat dalam hutan, siapa dulu yang korang harus selamatkan... nanti panel da siap2 bg watak dan korang akan pilih la watak yg korang nak... bincang la korang sape yang patut diselamatkan dulu.. tp kena ingat... soalan mcm ni korang xboleh pentingkan diri korang... semua org nak selamat, jd pk mcm mana nak selamatkan semua org... last panel akan bagi bentuk segi tiga nnti korang akan kira la ramai2 berapa segi tiga yang ada... nampak mudah.. tp dlm keadaan korang yg penat, panas, lapar dan ramai mcm nim..kadang2 blh buat korang pening.... ape2 pun jadilah calon yang menyenangkan semua orang... selamat maju jaya



---------SESI 2 HARI YANG MEMENATKAN DAN MENCABAR PUN TAMAT------------
***GOOD LUCK***




Wednesday, 18 February 2015

Tip-Tip Menghadiri Temuduga

Tip-Tip Temuduga

kak dina nak share ngan adik2 tip2 mcmana nak g intebiew, ramai yang tanya ape persediaan bila dapat surat dari spa terutamanya... nak masuk gomen sekarang bukan mcm dolu2.. sekarang persaingan sgt2 la sengit... antara yang terbaik akan dipilih xlupa jg mmg dah rezeki adik2 insya Allah dapat walau pun g intebiew nonong jek... hahaha
byk k.dina nak popet2 kat sini sape yg sabooo aje akan berjaya baca sampai habis tau.. jd sape yg very interested sila bukak mate luas2 yek.. kosongkan minda tuk ambil ilmu mana yg sesuai dan blh diguna pakai... 

1. Bila dah dapat iv tuk jawatan sekian2.. maka firstly korang kena cari seberapa byk maklumat yg berkaitan jawatan tersebut serta jabatan/kementerian yg offer korang koje tu.

2. Jangan lupa ambil tahu same ttg spa.. kang saje panel spa nak kenakan korang dia tanya psl ape yg korang tahu psl spa, produk diorg, visi & misi diorg xdek la peluh jantan korang keluar. yg ni ramai yg xambil kesah... tp k.dina kesah ye.. baca sepintas lalu jek..sekurang2nya ada idea nak goreng ^_^

3. Dah sampai hari yg ditunggu tu..pakai la cantik2 dan kemas... jangan la ober sgt nnti panel terkejut plak tgk korang.. kalau dah terkejut antara 2 jek.. ambil korang atau gagalkan korang.... hehehe - jangan lupa ketuk pin2 dan bagi salam, dah panel jemput korang masuk tu bagi la fail sijil korang yg bertingkat2 tu kat panel nanti panel akan suh korang duduk dan korang duduklah dengan sopan dan bersemangat waja nak jawab soklan panel.... ngeh ngeh ngeh... tahu time ni dada korang degupnya mak aiiiii.. rasa mahu pecah atau pun korang dah xboley rasa jantung korang ni masih berdegup/tidak, ape2 pun... bertenang dan tarik nafas dalam2... AWAS!!! jangan tinggal senyuman korang yg paling sweet kat luar bilik ye... bawa sekali senyuman korang dan senyumlah dengan penuh sabar pada panel2 tu walau pun mulut korang terasa gigil2 sbb lama sgt senyum... huh... panjangnyerrrrr...

4. Kebiasaan soklan dari penel
a. Perkenalkan diri anda
b. Ceritakan tentang keluarga anda
c. Jawatan ape yg anda pohon dan iv ni tuk jawatan ape.. simple tp jgn terkejut ada calon yg dtg iv tp xtahu tuk jawatan ape & berapa gaji basic
d. Tugas2 pegawai.... ape dia
e. GST/Dasar2/Ekonomi/Sosial/Alam Sekitar/Isu2 Semasa
(nanti k.dina free k.dina akan bg detail soklan kebiasaan panel tanya dan jawapan yg mungkin boleh bagi korang idea nak jawab.. tp kalau terkurang tu nnti korang pandai2 la tokok tambah bagi lagi cantik yek)

5. SILA JADI DIRI KORANG SENDIRI DAN CUBA SEHABIS MUNGKIN MENYENAGKAN PANEL... ini sangat la penting sbb ape tau.. panel yg spa lantik tu adalah pakar2 semua dlm bidang masing2... sekilas panel tgk korang, panel dah tahu jantan betinanya... hahaha... panel tu manusia cm kita jg... kadang2 cara kita buatkan diorang tak boley ngam ngan korang..sayang la.. kalau sesi iv tu berlalu begitu saje. Santun lah dgn panel jgn sampai mentang laaaa soklan panel bg senang korang jawab dgn riak dan bangganya... kadang2 korang boley jawab ke tak boley jawab ke.. tp panel dah suka korang... insya Allah tak dapat calon LANTIKAN TETAP, paling kurang korang akan dapat calon SIMPANAN... hehehehe... xdek la GAGAL.

6. Bila jawab soklan tu.. jangan la kaku.... jadikan sesi iv tu sesi yg santai sbb iv ni adalah tuk penal nilai korang samada sesuai tak dengan jawatan yg korang pohon... kalau korang gaya lagaknya ngalah kan panel.. mcmana korang nak sesuaikan diri bila korang kerja nanti... korang tahukan.. alam pekerjaan bukan saje kita kena buat koje.. tp menjalinkan hubungan baik dengan semua staf dari bawah hingga atasan... dr kaki tangan hingga la ke bahu dan kepala semua... semuanya perlukan personaliti yang menarik dan tertarik.

7. Dah nak berakhirnya sesi iv tu biasa panel akan tanya 'ada ape2 soklan lagi....'
time ni korang boleh la nak tanya panel pendapat diorang dr keseluruhan sesi tadi. contohnya:
saya minta maaf dato/datin/tuan/puan kalau tidak keberatan boleh saya tanya pihak dato/datin/tuan/puan tentang keseluruhan iv ni, insya Allah kalau ada kekurangan saya akan cuba baikinya utk masa akan datang' Insya Allah panel2 ni sangat baik hati dan mereka akan bagi komen yang tulus ikhlas.... kalau korang yakin komen diorang positif, silalah tanya..kalau korang tak yakin karang dengar komen panel yg negatif kang xjumpa cari pintu keluar plak... dunia jadik kelam... hehehehe... tp beranilah untuk kebaikan korang.

kak dina stop sini dulu lah tuk kali ni.. nanti kak dina sambung lagi kalau senang2... semoga adik2 yang sabar baca sampai habis dapat la sedikit-sebanyak gambaran/input nak g intebiew... k.dina doakan korang berjaya!!!

Thursday, 1 January 2015

Bicara Sendu

Wahai Allah...
Takdir Mu sangat mahal untuk ditafsirkan
Mencari jawapan yang tersembunyi
telah Kau lakarkan disetiap takdir hamba2 Mu

Wahai Allah...
Jiwa ini gelisah, mengharap hanya yang indah
namun hakikat yang indah tidak menjanjikan senang selamanya
jiwa ini sering lupa hakikat pahit adalah penawar
sering kecewa tatkala sengsara menjengah
lupa...lupa...lupa... sering lupa...
hakikat hidup adalah untuk diuji
perjalanan singkat menuju negeri ABADI
kerna betapa RAHMAT dan SYURGA Mu amat mahal harganya
perlu dibayar dengan IMAN - REDHA - TAQWA

Wahai Allah...
andai esok masih ada... tetapkanlah jiwa ini
usah di balik bolaknya agar tiada yang lain
pengharapannya selain mengharap EHSAN dan RAHMAT Mu

Wahai Allah...
andai esok jiwa ini mati... matikanlah pemilik jiwa ini
dalam IMAN, REDHA dan MAAF Mu
tiada yang lain diharapkan selain mengharap 
kembalinya jiwa ini pada penciptaNya dalam jiwa yang tenang
sambutlah dengan CINTA Agung Mu...
Aminnn...